Penyelenggaraan menggunakan komputer
Xperia™ Companion
Xperia™ Companion ialah perkhidmatan perisian yang menyediakan koleksi alat dan
aplikasi yang anda boleh gunakan apabila anda menyambungkan peranti anda ke
sebuah komputer. Dengan Xperia™ Companion, anda boleh:
•
Mengemas kini atau membaiki perisian peranti anda.
•
Memindahkan kandungan anda dari peranti lama menggunakan Xperia™ Transfer.
•
Menyandarkan dan memulihkan kandungan pada komputer anda.
•
Menyegerakkan kandungan multimedia – foto, video, muzik dan senarai main – antara
peranti dan komputer anda.
•
Menyemak imbas fail pada peranti anda.
Untuk menggunakan Xperia™ Companion, anda memerlukan komputer yang
disambungkan ke Internet serta menjalankan salah satu sistem pengendalian berikut:
•
Microsoft
®
Windows
®
7 atau terkini
•
Mac OS
®
X 10.11 atau terkini
Ketahui lebih lanjut dan muat turun Xperia™ Companion untuk Windows di
http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion/ atau Xperia™ Companion untuk
Mac di http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac/.
Mengurus fail menggunakan komputer
Gunakan sambungan kabel USB di antara komputer Windows
®
dan peranti anda untuk
memindahkan dan mengurus fail anda.
Sebaik sahaja dua peranti disambungkan, anda boleh memilih sama ada anda ingin
mengecas peranti anda, memindahkan fail, menggunakannya sebagai bekalan kuasa
atau menggunakannya untuk input MIDI. Komputer anda akan mengesan peranti anda
apabila anda memilih mod sambungan
Pindahkan fail (MTP). Mod sambungan lalai
ditetapkan kepada
Pengecasan sahaja.
Dengan Xperia™ Companion, anda boleh mengakses sistem fail peranti anda. Jika
Xperia™ Companion tidak dipasang, anda diminta untuk memasangnya apabila anda
menyambung peranti anda ke komputer.
Sentiasa gunakan kabel USB yang dicadangkan untuk model Xperia™ khusus anda dan
pastikan ia kering sepenuhnya.
Mod Sambungan USB
Terdapat dua mod sambungan USB tersedia untuk anda gunakan:
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Mod pemindahan media
(MTP)
Gunakan MTP untuk mengurus fail, mengemas kini perisian peranti dan
menyambung melalui Wi-Fi. Mod USB ini digunakan dengan komputer Microsoft
®
Windows
®
. MTP didayakan secara lalai.
Mod storan massa
(MSC)
Gunakan MSC untuk mengurus fail menggunakan komputer MAC OS
®
dan Linux
yang tidak mempunyai sokongan MTP.
Untuk menukar mod sambungan USB
1
Lekapkan penyambung USB ke peranti anda.
2
Seret Bar status ke bawah dan kemudian, ketik
Pengecasan sahaja.
3
Ketik sama ada
Pindahkan fail (MTP) atau MIDI seperti yang dikehendaki.