Mengatur mesej e-mel anda
Untuk mengisih e-mel anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
E-mel.
3
Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, seret bahagian tepi kiri skrin ke
kanan dan pilih akaun yang mempunyai e-mel yang anda mahu isihkan. Jika anda
mahu isih e-mel dalam semua akaun e-mel anda pada satu masa, seret bahagian
tepi kiri skrin ke kanan, kemudian ketik
Peti masuk gabungan.
4
Ketik , kemudian ketik
Isih.
5
Buat pilihan pengisihan.
90
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mencari e-mel
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
E-mel.
2
Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, seret bahagian tepi kiri skrin ke
kanan dan pilih akaun yang anda mahu cari. Jika anda mahu cari semua akaun e-
mel anda pada satu masa, seret bahagian tepi kiri skrin ke kanan, kemudian ketik
Peti masuk gabungan.
3
Ketik .
4
Masukkan teks carian anda, kemudian ketik pada papan kekunci.
5
Hasil carian kelihatan dalam senarai yang diisih mengikut tarikh. Ketik mesej e-mel
yang anda ingin buka.
Untuk melihat semua folder untuk satu akaun e-mel
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
E-mel.
2
Seret bahagian tepi kiri skrin ke kanan dan pilih akaun yang anda mahu semak.
3
Di bawah akaun yang anda mahu semak, pilih
Tunjukkan semua folder.
Untuk memadamkan mesej e-mel
•
Dalam peti masuk e-mel anda, kuis mesej yang anda ingin padamkan ke kanan.
Untuk mengalihkan mesej e-mel ke folder lain
1
Dalam peti masuk e-mel anda, kuis mesej yang anda ingin alihkan ke kanan.
2
Ketik
Pindah, kemudian pilih folder.