Menghantar dan menerima mesej e-mel
1
Lihat senarai semua akaun e-mel dan folder terbaru
2
Cari mesej e-mel
3
Akses tetapan dan pilihan
4
Senarai mesej e-mel
5
Tulis mesej e-mel
Untuk memuat turun mesej e-mel baru
•
Apabila peti masuk e-mel terbuka, leret ke bawah pada senarai mesej.
Sebelum anda cuba memuat turun mesej e-mel baru, pastikan bahawa anda mempunyai
sambungan data yang berfungsi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memastikan
sambungan data berjaya, lihat
Tetapan Internet dan MMS
pada halaman 46.
89
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membaca mesej e-mel anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
E-mel.
3
Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, seret bahagian tepi kiri skrin ke
kanan dan pilih akaun yang anda mahu tandakan. Jika anda mahu tandakan
semua akaun e-mel anda pada satu masa, seret bahagian tepi kiri skrin ke kanan,
kemudian ketik
Peti masuk gabungan.
4
Dalam peti masuk e-mel, tatal ke atas atau bawah dan ketik mesej e-mel yang
anda mahu baca.
Untuk mewujudkan dan menghantar mesej e-mel
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
E-mel.
2
Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, seret bahagian tepi kiri skrin ke
kanan dan pilih akaun yang daripadanya anda mahu hantar e-mel.
3
Ketik , kemudian taip nama penerima atau alamat e-mel dan pilih satu atau lebih
penerima daripada senarai juntai bawah
4
Masukkan subjek dan teks mesej e-mel, kemudian ketik .
Untuk membalas mesej e-mel
1
Dalam peti masuk e-mel anda, cari dan ketik mesej yang mahu dibalas, kemudian
ketik
Balas atau Balas semua.
2
Masukkan balasan anda, kemudian ketik .
Untuk menghantar semula mesej e-mel
1
Dalam peti masuk e-mel anda, cari dan ketik mesej yang anda mahu hantar
semula, kemudian ketik
Hantar semula.
2
Masukkan nama penerima atau alamat e-mel, kemudian pilih satu atau lebih
penerima daripada senarai juntai bawah.
3
Masukkan teks mesej anda, kemudian ketik .
Untuk melihat lampiran mesej e-mel
1
Cari dan ketik mesej e-mel yang mengandungi lampiran yang anda ingin lihat.
Mesej e-mel dengan lampiran ditandakan dengan .
2
Setelah mesej e-mel dibuka, ketik
Muatkn. Lampiran mula dimuat turun.
3
Selepas lampiran selesai dimuat turun, ketik
Lihat.
Untuk menyimpan alamat e-mel penghantar ke kenalan anda
1
Cari dan ketik mesej dalam peti masuk e-mel anda.
2
Ketik nama penghantar, ketik
Tambah kepada Kenalan kemudian, ketik OK.
3
Pilih kenalan sedia ada atau ketik
Wujudkan kenalan baru.
4
Sunting maklumat kenalan jika dikehendaki, kemudian ketik
Simpan.