Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor
ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah
menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila
anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti
anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh
menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian
dalam negara anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda
1
Tanggalkan penutup slot kad SIM.
2
Letakkan kuku jari di bawah sisi kanan atau kiri dulang label, kemudian seret
dulang ke luar untuk melihat nombor IMEI anda.
Anda juga boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan memasukkan
*#06#
untuk
melihat nombor IMEI.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.