Sony Xperia Z2 - Menyelaraskan data pada peranti anda

background image

Menyelaraskan data pada peranti anda

Menyelaraskan dengan akaun dalam talian

Selaraskan peranti anda dengan kenalan, e-mel, acara kalendar dan maklumat lain

daripada akaun dalam talian, sebagai contoh, akaun e-mel seperti Gmail™ dan

Exchange ActiveSync, Facebook™, Flickr™ dan Twitter™. Anda boleh menyelaraskan

data secara automatik untuk akaun itu dengan mengaktifkan fungsi autopenyelarasan.

Atau, anda boleh menyelaraskan setiap akaun secara manual.

Untuk menetapkan akaun dalam talian bagi penyegerakan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik

Tetapan > Akaun > Tambah akaun, kemudian pilih akaun yang anda mahu

tambahkan.

3

Ikut arahan untuk mencipta akaun atau daftar masuk jika anda sudah ada akaun.

Untuk menyelaraskan secara manual dengan akaun dalam talian

1

Dari Skrin utama anda, ketik >

Tetapan > Akaun.

2

Di bawah

Akaun ketik nama akaun yang ingin diselaraskan. Senarai item yang

boleh diselaraskan dengan akaun akan muncul.

3

Tandakan item yang anda mahu selaraskan.

Untuk mengalih keluar akaun dalam talian

1

Dari Skrin utama anda, ketik >

Tetapan > Akaun.

2

Di bawah

Akaun ketik nama akaun yang ingin dialih keluar.

3

Ketik , kemudian ketik

Alih keluar akaun.

4

Ketik

Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkannya.

Menyelaras dengan Microsoft® Exchange ActiveSync®

Dengan akaun Microsoft Exchange ActiveSync, anda boleh mengakses mesej e-mel

korporat anda, janji temu kalendar dan kenalan anda secara terus pada peranti anda.

Selepas persediaan, anda boleh mendapatkan maklumat dalam aplikasi

E-mel,

Kalendar dan Kenalan .

64

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menetapkan akaun EAS bagi penyegerakan

1

Pastikan anda mempunyai butiran domain dan pelayan anda tersedia (seperti

yang diberikan oleh pentadbir rangkaian korporat anda).

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Ketik

Tetapan > Akaun > Tambah akaun > Exchange ActiveSync.

4

Masukkan alamat e-mel korporat dan kata laluan anda.

5

Ketik

Seterusnya. Peranti anda mula mengambil maklumat akaun anda. Jika

kegagalan berlaku, masukkan butiran domain dan pelayan untuk akaun anda

secara manual, kemudian ketik

Seterusnya.

6

Ketik

OK untuk membenarkan pelayan korporat anda mengawal peranti anda.

7

Pilih data yang anda mahu segerakkan dengan peranti anda, seperti entri kenalan

dan kalendar.

8

Jika dikehendaki, aktifkan pentadbir peranti untuk membenarkan pelayan korporat

anda mengawal ciri keselamatan tertentu pada peranti anda. Contohnya, anda

boleh benarkan pelayan korporat anda menetapkan peraturan kata laluan dan

menetapkan penyulitan storan.

9

Apabila persediaan selesai, masukkan nama untuk akaun korporat.

Apabila anda menukar kata laluan log masuk untuk akaun EAS pada komputer anda, anda

perlu log masuk semula ke akaun EAS di peranti anda.

Untuk menukar tetapan akaun EAS

1

Daripada Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik

E-mel, kemudian ketik .

3

Ketik

Tetapan dan pilih akaun EAS, kemudian tukar tetapan akaun EAS seperti

yang dikehendaki.

Untuk menetapkan selang penyelarasan untuk akaun EAS

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik

E-mel, kemudian ketik .

3

Ketik

Tetapan dan pilih akaun EAS.

4

Ketik

Kekerapan penyemakan > Kekerapan penyemakan dan pilih pilihan selang

waktu.

Untuk mengeluarkan akaun EAS

1

Daripada Skrin utamaanda, ketik >

Tetapan > Akaun.

2

Di bawah

Akaun, ketik Exchange ActiveSync, kemudian pilih akaun EAS yang

anda ingin keluarkan.

3

Ketik , kemudian ketik

Alih keluar akaun.

4

Ketik

Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.

65

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.